Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 29, 2009

Al-Fatihah kpd Tokoh Haraki Sayyid Qutb di atas Pemergian Beliau sebagai Pejuang Islam pada 29 ogos 1966


Setelah Sayyid Qutb hairan melihat kemeriahan orang-orang eropah menyambut kematian tokoh besar Imam Hassan al-Banna, Sayyid Qutb merasa hairan mengapa mereka menyambut kematian seperti hari perayaan orang menyambut hari raya, mengapa mereka seronok di atas kematiannya? Pada masa itulah Sayyid Qutb mula mengkaji kehidupan al-Banna walaupun tidak pernah berjumpa dengannya tetapi atas dasar ingin tahu siapa Imam Hassan al-banna, beliau telah membaca seluruh risalah karangan Imam Hassan al-Banna. Beliau akhir menemui suatu "kebenaran" yang wajib diperjuangkan. Seterusnya beliau berjanji dan “Berbai’ah” dengan Allah s.w.t untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.

Oleh itu, pada tahun 1951 Sayyid Qutb dengan rasminya menyertai Ikhwanul Muslimin. Pada tahun 1952, beliau dipilih menganggotai Maktab Irsyad dan dilantik mengetuai Lajnah Dakwah. Selepas peninggalan al-Banna, Ikhwanul Muslimin masih bertenaga kerana memperolehi saf kepimpinan yang berwibawa untuk meneruskan kepimpinan. Mereka adalah Hasan Hudaybi sebagai Mursyidul Am, Abd al-Qadir Audah sebagai Setiausaha Agung dan Sayyid Qutb sendiri yang mengetuai Lajnah Dakwah, dianggap sebagai pemikir kepada Ikhwanul Muslimin.

Mesej utama yang ditekankan oleh Sayyid Qutb dalam penulisannya ialah konsep Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya kemuncak kepada Tauhid Uluhiyyah Allah s.w.t. ialah hakNya daripada sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri'. Menurutnya lagi bahawa ikrar La ilah illa Allah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumi Nya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hak Nya.

Pada bulan Julai 1952, satu peristiwa bersejarah berlaku di Mesir iaitu Revolusi Julai 1952. Revolusi ini menyaksikan peristiwa pemerintahan beraja Mesir yang dijayakan oleh gerakan Dubbat al-Ahrar pimpinan Kolonel Jamal Abdul Naser dengan kerjasama Ikhwanul Muslimin.

Sesudah revolusi, Sayyid Qutb telah ditawarkan dengan jawatan Menteri Pelajaran Mesir. Sayyid Qutb terlebih dahulu meminta jaminan daripada pemimpin Majlis Revolusi yang diketuai oleh Jamal Abdul Naser dan Anwar Sadat, bahawa Kerajaan Revolusi Mesir akan melaksanakan pemerintahan berdasarkan syariat Islam. Bagaimanapun mereka menolaknya untuk melaksanakan pemerintahan Islam. Berdasarkan kepada penolakan tersebut, Sayyid Qutb merasakan perkara tidak baik akan berlaku.

Sejarah membuktikan apa yang dibimbangkan oleh Sayyid Qutb memang terjadi. Pada13 Januari 1954, Kerajaan Revolusi Mesir telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan para pimpinannya telah ditangkap atas tuduhan gerakan Ikhwanul Muslimin merancang hendak menggulingkan kerajaan revolusi, iaitu satu tuduhan yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Ekoran daripada itu tujuh orang pimpinan tertingginya dijatuhi hukuman mati, seperti Hasan Hudhaybi, Abd al-Qadir Audah dan Syeikh Mohamad Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwanul Muslimin dalam Perang Suez 1948. Bagaimanapun hukuman terhadap Hasan Hudhaybi dipinda kepada penjara seumur hidup dan Sayyid Qutb pula dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.

Pada tahun 1964, Sayyid Qutb telah dibebaskan atas permintaan peribadi Abd al-Salam Arif, Presiden Iraq. Kerajaan Revolusi Mesir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pembebasan tersebut. Apabila Presiden Abd al-Salam Arif terkorban dalam satu kemalangan udara, Sayyid Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya. Tangkapan kedua ini dibuat berdasarkan tuduhan beliau merancang satu rampasan kuasa baru untuk menggulingkan kerajaan.


Pertuduhan ke atas Sayyid Qutb di Mahkamah Revolusi dibuat berdasarkan buku-bukunya terutama Maalim Fi al-Tariq. Ia berdasarkan kenyataannya mengenai seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari'at Allah s.w.t.


Bersama Sayyid Qutb kali ini, turut juga ditahan ialah seluruh anggota keluarganya. Sayyid Qutb seorang yang bermaruah. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan ke atasnya, Presiden Naser menghantar utusan menemui Sayyid Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Sayyid Qutb menulis kenyataan meminta ampun daripadanya agar Sayyid Qutb dibebaskan.


Pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, Sayyid Qutb telah digantung sampai mati bersama-sama sahabat seperjuangannya, Mohamad Yusuf Hawwash dan Abd al-Fatah Ismail. Berita hukuman mati yang dilaksanakan ke atas Sayyid Qutb telah mengejutkan Dunia Islam. Kebanyakan tokoh dan pimpinan umat Islam sedih dan kecewa dengan peristiwa tersebut. Sayyid Qutb bila ditanya tentang hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu, beliau telah menjawab sambil tersenyum dengan katanya “mati syahid”. al-Fatihah


Saudara ! kau merdeka dibalik alam baru,

Saudara! Kau merdeka dari belengu itu,

Kalau betul kau berpegang pada Tuhanmu,

Apa helah makhluk, tidak berbekas padamu.


Saudara! Kau musnah tentera zalim tak menentu,

Akan muncul di alam ini fajar baru,

Pancaran sinarnya akan memerdekakan rohmu,


Saudara! Darah badanku membeku mati,

Tidak mengalir kerana ikatan abadi,

Dia akan membawa sembahan ke lelangit tinggi,

Bertatah medali di syurga nan abadi.


Saudara! Kau tangisi atas pemergianku,

Tersiram khusyu’ di kuburanku,

Mereka nyalakan obor dari reputanku,

Kejarlah dengannya kemenangan dan jaya,


Saudara! Jika kutidur, jumpa kekasih,

Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku,

Burung-burungnya berkicau riang menyambutku,

Bahagialah hidupku di alam abadi.


Saudara! Ikutilah kalian jejakku ini,

Puak demi puak, angkatan baru susuli,

Meskipun aku mati, tapi mati suci,

Kalian kan lalu dengan kemenangan lagi…..

( Sajak Sayyid Qutb sebelum syahid )

-Ditulis beberapa ketika sebelum menemui Syahid-

ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!


No comments: