Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 26, 2008

Gerakan Sekular Dalam Negara Islam


Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Pada tahun 1883, Khadiwi Ismail yang memerintah Mesir memasukkan undang-undang Perancis dalam undang-undang Mesir. Kononnya, ia bertujuan mencapai kemajuan seperti Eropah. Di India pula, pelbagai usaha dilakukan bagi menghapus amalan perundangan Islam secara beransur-ansur bermula sejak 1791. Algeria dipaksa supaya tidak beramal dengan undang-undang Islam apabila Perancis menjajahnya pada tahun 1830. Di Turki, Kamal Ataturk menggulingkan pemerintahan Uthmaniah diikuti jajahan takluknya seperti Iraq dan Syria. Negara-negara itu dibahagikan di bawah penjajahan Inggeris dan Perancis. Manakala rantau ini iaitu Indonesia, Malaysia dan lain-lain menerima pengaruh sekular melalui kedatangan penjajah Inggeris, Belanda dan lain-lain.

Walaupun negara-negara Islam merdeka daripada penjajahan, penjajah-penjajah Barat mengubah bentuk penjajahan baru di kalangan anak-anak masyarakat Islam. Generasi muda masyarakat Islam dididik dan diajar supaya menghidupkan gaya hidup sekular. Walaupun namanya berlainan daripada segi cara dan tindakan namun dasar dan sumbernya adalah sama.


Kuliyah Jumaat
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu


Dengar Kuliah......


SEKULARISME DI MALAYSIA: SUATU CATATAN


Fahaman sekular adalah merujuk kepada perkataan Latin iaitu saeculum yang bererti generasi atau zaman. Dalam agama Kristian sekular bermaksud agama itu bertentangan dengan gereja. Untuk pengertian yang lebih jauh sekular merujuk kepada sesuatu yang dimiliki atau yang bersangkutan dengan dunia lahir sahaja dan tidak ada kena mengena dengan keabadian. Dalam perbincangan ini sekular bermakna kehidupan yang tidak ada kaitan dengan perkara ghaib, atau perkara agama. Dengan begitu sekularisme adalah bermakna satu fahaman yang memisahkan agama dari kehidupan ini, khususnya kehidupan bernegara. Ugama adalah masalah peribadi yang tidak mempunyai kaitan dengan negara. Manusia adalah bebas dari asuhan agama dan ketetapan dari Yang Maha Kuasa. Sekularisme menentang sebarang pengaruh agama dan manusia bebas menentukan kepercayaan dan arah haluan hidupnya sendiri.

Teras kepada sekularisme ialah politik yang berasaskan kepada perkauman atau pun kebangsaan, atau apa yang kita panggil nasionalisma. Manakala ekonominya pula berasaskan laissez faire dan falsafah individualisma.Ia kemudiannya merebak ke dalam masyarakat dan menjadi sebahagian dari gaya hidup mereka yang merupakan pemujaan kepada modenisma, materialisma dan pemujaan hawa nafsu.

Menelusuri sekularime di Malaysia, ia sebenarnya datang bersama-sama penjajah Inggeris yang menakluk negara ini dari tangan Belanda. Dalam Perjanjian Pangkor pada 1874 antara Sultan Abdullah (Sultan Perak) dan Sir Andrew Clarke, syarat penting dalam perjanjian itu ialah residen Inggeris akan menasihati Sultan dalam semua hal pentadbiran negeri kecuali mengenai agama Islam dan adat Istiadat Melayu. Dengan semikian segala urusan pentadbiran dan perlaksanaan undang-undang negeri terserah kepada Inggeris yang pastinya mengikut sistem dan acuan mereka yang tidak pernah memikirkan soal agama dan sebagainya. Di sini para Sultan sudah kehilangan hak politik dan pemerintahan dan tidak lagi berkuasa untuk mencegah usaha-usaha menanamkan fahaman sekular yang dibawa oleh Inggeris. Dan akhirnya berlakulah apa yang dinamakan pemisahan politik dari agama, atau agama dari negara.

Baca Seterusnya.....

Bahaya serangan golongan 'musyakkikin'


Tazkirah
Oleh
TUAN GURU HJ. NIK ABD. AZIZ NIK MAT


GOLONGAN musytasyrikin yang melancarkan perang pemikiran atau perang saraf, telah menyebar dan melariskan dakyah bahawa Islam adalah agama ganas dan jahat. Kempen fitnah terhadap jihad dan Islam menempuh masa yang panjang, sehingga sebahagian kaum muslimin tercari-cari jawapan terhadap tuduhan yang dilemparkan. Sebahagiannya pula telah disebukkan dengan mengadakan perbincangan melalui seminar-seminar bagi menyanggah tuduhan melulu golongan orientalis itu.

Ketika itu lahir pula golongan "musyakkikin" (golongan yang menimbulkan keraguan), kononnya mereka telah mengambil masa yang panjang untuk mengadakan kajian-kajian terhadap Islam. Jika golongan pertama orientalis menganggap Islam agama ganas dan jahat, golongan orientalis kedua pula berpendapat sebaliknya. Pandangan yang bercanggahan itu menyebabkan kalangan kaum muslimin yang berfikiran tidak mendalam, merasa gundah gulana terhadap tuduhan-tuduhan yang mengatakan Islam itu agama ganas dan jahat. Tetapi apabila mereka mendengar tafsiran kedua oleh golongan orientalis juga, mengatakan bahawa Islam itu agama selamat yang menganjurkan persaudaraan serta hormat menghormati sesama insan, maka kaum muslimin yang berfikiran cetek itu bersorak gembira.

baca seterusnya.....

Monday, November 17, 2008

Kejumudan pemikiran Muslim kejayaan orientalis

Kejayaan Kera menguasai Kenderaan Manusia??

MUIR, Watt, Puin, Crone, Schlatt, Goldziher dan orientalis lain pastinya tersenyum girang. Banyak petanda menunjukkan usaha keras dan jarum halus mereka untuk menundukkan dunia Islam dengan mencabar kesahihannya sebagai agama wahyu dan mencelarukan pemikiran umatnya, sudah membuahkan hasil.


baca seterusnya

Saturday, November 15, 2008

MENGENALI WATAK DAN SIFAT AKHIR ZAMAN


Zaman dahulu dan zaman sekarang sudah jauh berbeza. Antaranya, zaman sekarang:

1. Alat-alat kehidupan sudah canggih.
2. Cara proses makanan sudah berlainan.
3. Ilmu dunianya banyak tapi ilmu Akhiratnya kurang.
4. Pergaulan di kalangan manusia mudah terjadi.
5. Cara jual beli sudah berbeza.
6. Alat-alat perhubungan mendekatkan negara dan manusia di antara satu sama lain.
7. Kebudayaan dan adat istiadat telah bercampur baur.
8. Banyak persatuan.
9. Ada pertubuhan dunia.
10. Ada bank .
11. Ada border antara negara dengan negara.
12. Alat-alat pembunuh dahsyat.
13. Kehidupan orang biasa macam raja-raja di zaman dahulu.
14. Orang kafir, munafik, fasik memperkatakan Islam bahkan mengajarnya.

Untuk lebih terperinci lagi mari kita huraikan satu persatu supaya lebih jelas.

Baca Seterusnya....

HIBURAN ORANG MUKMIN


Hiburan orang mukmin itu adalah beribadah
Mengingat Tuhan dan mengagungkan-Nya

Berkhidmat dengan manusia
Memberi, bersedekah, menolong dan membantu hamba-hamba Allah
Mengagih-agihkan harta di kalangan yang patut menerimanya
Kalau dia tidak dapat menolong orang, hatinya susah
Kerana menolong orang itu adalah hiburannya
Mendamaikan orang yang berbalah, hobinya

Dia terhibur dengan mendamaikan orang yang bermusuhan
Kalau ada orang yang memberi nasihat
Atau ada orang mengingatkannya, suka sungguh hatinya
Lantas dia sayang kepada orang itu

Kalau dia tidak boleh berkhidmat dengan orang
Lebih-lebih lagi di waktu orang perlukan khidmatnya, susah hatinya
Dia terasa sangat bersalah dan berdosa
Kerana hiburan terputus atau tidak bersambung
Kalau didapati ada orang lain mendapat nikmat

Dia pula yang terhibur
Jika ada orang yang mendapat kesusahan
Hatinya susah, jiwanya derita dan gelisah
Dia bersungguh-sungguh cuba mengatasinya
Dia merasa penderitaan orang lain itu adalah penderitaannya

Kesenangan orang lain adalah kesenangannya
Begitulah hati orang mukmin terhibur dengan berkhidmat kepada orang lain

Monday, November 10, 2008

Pengebom Bali dikebumi




PENYOKONG pengebom Bali berasak-asak dengan anggota keselamatan ketika pengebumian Amrozi dan Ali Ghufron di Jawa Timur, semalam. Gambar kecil dari kiri Amrozi, Imam Samudra dan Ali Ghufron (Mukhlas).

Suasana tegang selepas Amrozi, Mukhlas, Imam Samudra ditembak

TENGGULUN: Ketegangan dan pergaduhan meletus selepas tiga pengebom Bali menjalani hukuman mati dan dihantar untuk pengebumian di kampung halaman masing-masing, semalam.

Amrozi, 47, abangnya Mukhlas, 48, dan Imam Samudra, 38, ditembak mati di sebuah ladang oren berhampiran penjara mereka di pulau Nusakambangan, selatan Jawa, lapor televisyen TV One.


Satu sumber penjara memberitahu AFP, mereka menjerit 'Allahu Akbar' ketika diiringi keluar dari bilik penjara oleh polis separa tentera sejurus sebelum tengah malam Sabtu.


Dalam serangan pada 2002, mereka mensasarkan kelab malam penuh sesak di Bali, membunuh lebih 160 warga asing termasuk 88 rakyat Australia serta 38 rakyat tempatan.

Pengebom yang juga anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang didakwa ada hubungan dengan al-Qaeda, menyatakan tidak pernah kesal dengan kematian 'kafir' dan mendakwa kematian mereka adalah 'syahid'.

Beratus-ratus penyokong bertembung dengan anggota polis ketika jenazah Mukhlas dan Amrozi yang digelar 'pembunuh tersenyum' - dihantar helikopter ke sini, di Jawa Timur.

Polis bersenjata tidak dapat mengawal kira-kira 500 penyokong yang mengelilingi ambulans membawa jenazah. Pertembungan meletus dan polis terpaksa menjarakkan diri di tepi jalan raya di tengah laungan 'Jihad' dan 'Keluar'.

Senario sama kelihatan di Serang, bandar Jawa Barat ketika jenazah Imam Samudra dibawa ke kawasan perkuburan.

Anggota kumpulan radikal diketuai ulama Abu Bakar Bashir, pengasas bersama JI yang dipenjarakan kerana berkonspirasi dengan serangan itu sebelum dibebaskan, memaksa orang ramai ke tepi untuk memberi laluan kepada jenazah.

Wartawan Barat di kedua-dua perkampungan dimaki dengan kata-kata 'kafir' dan dihalau. Namun, majoriti umat Islam Indonesia tidak bersimpati dengan militan dan ada yang menyifatkan 'jihad' pengebom adalah salah.

"Jika peperangan meletus, berperang untuk berjihad adalah baik untuk agama namun jangan lakukannya di Indonesia. Bali bukannya medan perang," katanya.

Dalang di sebalik pengeboman Bali dan serangan berikutnya, rakyat Malaysia Noordin Mohammad Top, masih bebas dan tumpuan kini diberi kepada usaha menahannya. - AFP

Ulasan: Semoga Allah SWT merahmati dan meletakkan mereka di kalangan para Shuhada'. Takbir3x...... al-fatihah.

Sunday, November 9, 2008

Macam-Macam: Hakim tertidur, kes dibicara semula


SYDNEY: Sebuah mahkamah Australia mengarahkan dua pengedar dadah dibicara semula kerana hakim dalam perbicaraan asal sering tertidur.

“Tempoh hakim tertidur menjadi lebih lama ketika kes berkenaan dibicarakan. Anggota juri sering terganggu dan kadangkala terasa lucu,” lapor Mahkamah Tinggi.

Rafael Cesan dan Ruben Mas Rivadavia didapati bersalah pada 2004 kerana mengimport ecstasy dan dipenjara lebih 10 tahun bagi setiap kesalahan.


Dalam rayuan mereka, hakim dalam perbicaraan asal selama 17 hari dikatakan tertidur setiap 20 minit dan kadangkala berdengkur. - Reuters

Ulasan: Macam-macam ntahla ana tk sanggup komen daa... Dunia2...

Friday, November 7, 2008

Keluarga pengebom Bali diminta 'bersiap sedia'

Muslihat Paderi Untuk Membela mereka di mana Umat Islam

TENGGULUN: Keluarga tiga anggota militan Indoesia yang dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah terbabit dalam pengeboman Bali pada 2002 diadah supaya bersiap sedia.


Pihak pendakwa dan polis melawat keluarga adik beradik Amrozi, 47, dan Mukhlas, 48, di perkampungan mereka di Jawa Timur dan meminta mereka bersedia menerima berita 'buruk' berkenaan.

“Kami di sini untuk memberiahu ahli keluarga supaya bersedia apabila hukuman dijalankan nanti," kata Ketua Pendakwa Daerah, Irnensis kepada pemberita selepas bertemu kira-kira 30 minit dengan keluarga mereka.


Beliau bagaimanapun tidak mahu menjelaskan lebih lanjut atau menyatakan bila tiga pengebom Bali — Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra, 38 — akan menjalani hukuman tembak yang dibiasanya di lokasi yang dirahsiakan.


Pegawai Indonesia sebelum ini hanya membayangkan hukuman itu akan dilaksanakan 'awal November'.

Ketiga-tiga mereka dijatuhkan hukuman mati pada 2003 selepas terbabit dalam pengeboman yang mengorbakan 202 orang, kebanyakannya pelancong asing, termasuk 88 warga Australia. - AFP

Dongeng kulit putih :: MB Kelantan



KOTA BHARU – Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan calon Parti Demokrat Barack Obama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat berkulit hitam pertama sebagai satu perkembangan baru.

“Kemenangan beliau sebagai Presiden AS yang ke 44 menunjukkan pemikiran bahawa kulit putih lebih bernilai, lebih mulia daripada kulit hitam adalah dongeng semata-mata. Dan ia berlaku di nagera barat sendiri di mana mereka mengagung-agung kulit putih.

“Islam awal-awal lagi menyebut kulit hitam atau putih adalah sama kerana tiada perbezaan warna kulit di sisi Allah...Yang lebihnya adalah takwa. Kalau kita letak tempurung di atas rumput pun, dua bulan tempurung itu akan bertukar putih juga, tidak ada lebih apapun...” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di SUK, di sini, semalam.

Menurutnya, perbezaan antara kulit hitam dan kulit putih hanya diperbesar-besarkan oleh masyarakat kulit putih selama ini dan ia perlu diubah.

Katanya, dengan kemenangan mudah Obama menewaskan John McCain dari parti Republican itu diharap dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa mengenai Islam melalui dasar pemerintahan yang lebih baik.

Tambahnya, diharap Islam akan diterima satu hari nanti oleh masyarakat antarabangsa dan bukannya hanya membenci dan menyamakan Islam dengan keganasan.

Mursyidul Am Pas itu berkata, dalam Islam diajar kalau hendak berkawan dengan seseorang tidak perlu bertanyakan orang itu tetapi selidik dulu siapa kawan individu berkenaan.

“Kalau kawan dia jahat, awal-awal lagi orang ini pun ada minat jahat. McCain tak bernasib baik berkawan dengan George W Bush yang minum darah manusia di Iraq, Afghanistan. Di akhirat dia akan bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, pemilihan calon kulit hitam itu juga menunjukkan masyarakat Amerika Syarikat mulai menerima rakyat kulit hitam sebagai pemimpin.

“Kita mahu masyarakat mengubah tanggapan orang kulit putih mempunyai kelebihan berbanding orang kulit hitam dan pemilihan Obama adalah perkembangan baru kepada dunia,” katanya.


Ulasan: Perkembangan terbaru telah melanda Amerika ia amat mengejutkan Dunia ini petanda bagi orang yang meyakini janji Allah SWT akan merasai Kebangkitan Islam Akhir Zaman sedang di proses. segala perancangan musuh Islam untuk memadam cahaya Islam sudah hilang arah tujuan. kita dapat melihat kebangkitan suara Rakyat pada pilihanraya di malaysia yang mana BN tidak mendapat 2/3 dari kerusi Parlimen, kemenangan Parti Islam di Turki, Kemenangan Parti Hamas di Palestin, Kemenangan Ikhwanul Muslimin di mesir dan lain-lain lagi peristiwa yang sungguh ajaib yang berlaku sejak akhir-akhir ini semuanya menyumbang ke arah kebangkitan Islam. walaubagaimanapun tarikh yang tepat berlakunya Khilafah Islam hanya Allah yang tahu. marilah kita sama-sama berkhidmat di dalam proses Kebangkitan ini. semoga kita di pilih oleh Allah SWT sebagai Golongan Mujahidin abad ke 21. semoga kita menjadi pemain bola yang mendapat anugerah apabila menang bukanya menjadi penonton apabila menang tak dapat apa2... Allahu Haq.

Wednesday, November 5, 2008

MASA DEPAN DUNIA ADALAH UNTUK ISLAM


Di kalangan ummat Islam yang telah dibius itu telah ada yang sedar, bangun dan mengejutkan saudaranya yang lain. Seorang demi seorang bangun dan bersatu di bawah panji-panji Aqidah Islam. Seluruh dunia sekarang ini sedang menghadapi pergolakan yang dicetuskan oleh mujahid-mujahid ini. Bagi yang mahu kepada kebenaran mereka menyambut baik akan perkembangan ini, tetapi bagi mereka yang menyintai kekufuran, kezaliman, penyelewengan dan kemaksiatan, insiden ini amatlah tidak disenangi dan mereka cuba sedaya upaya mereka samada secara diplomasi atau kuku besi sekalipun untuk melenyapkan cahaya ini.


Kita bersikap optimis bahawa, masa depan dunia adalah untuk Islam memandangkan kepada keadaan masyarakat dewasa ini yang mana sistem-sistem pembikinan manusia yang dipaksakan kepada mereka jelas tidak mampu untuk menyelamatkan manusia dari segala bentuk bahaya dan kezaliman yang sedang berjalan walau atas nama apa sekalipun tetapi amat dibenci oleh masyarakat terbanyak.


Optimisnya kita bukanlah bererti kita boleh berpeluk tubuh, memerhatikan keadaan dan menunggu natijahnya tetapi ianya menuntut kepada usaha, tenaga, Ilmu, kedudukan, keikhlasan dari kita yang beriman kepada Allah dengan yang sebenarnya.


Oleh itu, perbetulkan Aqidah kita agar Iman kita betul, dengan itu nanti akan benarlah segala amalan kita, Insya-Allah.


Menyedari bahawa Islam sudah tidak lagi dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat kerana ketandusan Iman, berkepentingan peribadi serta jahil, maka program-program yang positif perlu diambil untuk membetulkan keadaan tersebut.

Abul A'la Al Maududi menyarankan supaya diajak manusia supaya kembali beriman kepada rukun-rukun Iman dengan sebenarnya, membersihkan diri dari segala bentuk kepercayaan tahyul, khurafat dan bid'ah dan membentuk serta membangunkan semula konsep kefahaman Islam yang sebenarnya di kalangan masyarakat.


"Inilah jalan yang sah dan betul yang telah dilakukan oleh Harakah Islamiyyah melalui susunan tarbiahnya yang rapi".

Monday, November 3, 2008

PERANAN MAHASISWA ISLAM

Peranan mahasiswa terlalu besar kepada masyarakat terutama kepada umat Islam yang sedang dilanda serangan pemikiran oleh pihak musuh yang tidak akan berhenti sehingga hari kiamat seperti firman Allah SWT di dalam al-quran yang bermaksud “tidak akan Redha orang-orang Yahudi dan nasrani sehingga kamu mengikut telunjuk mereka” ayat ini menunjukkan sifat berjaga-jaga supaya kita tidak mengikut telunjuk mereka. Walaubagaimanapun kata orang tua-tua nasi sudah menjadi bubur disebabkan masyarakat sekarang telah menerima serangan itu. Bagi saya nasi masih tidak lagi menjadi bubur kerana Allah SWT telah berjanji kepada umat di akhir zaman bahawa Islam akan disanjung dan Allah SWT akan mewarisi bumi ini kepada orang-orang bertaqwa sebelum datangnya hari kiamat.


Keyakinan ini tetap akan saya pegang sehingga terlaksana Daulah Islamiah terutama di Bumi Malaysia yang barakah ini. Kita sebagai mahasiswa Islam perlu peka bukan pekak! dalam isu-isu semasa sama ada dalam dan luar kampus,isu-isu Negara dan luar Negara terutama Negara Islam juga wajib kita ketahui kerana kita adalah bakal-bakal pemimpin tidak kira pemimpin masyarakat mahupun pemimpin rumah tangga dengan membentuk baitul muslim. Hal ini perlu kita ketahui, tetapi apa yang berlaku pada mahasiswa sekarang?? Masih lagi mementingkan diri sendiri, asobiah, dan hanya menjadi mata-mata bagi pihak pentakbiran untuk memusnahkan jemaah Islam di kampus. Bagi saya orang jenis ini kalau disuruh terjun dalam kolam tahi pun dia akan terjun kerana yang penting ada habuan.


Kalau kita melihat suasana politik Negara sungguh membimbangkan, dengan kes-kes rasuah masih lagi diamalkan oleh pemimpin Negara, jawatan-jawatan dalam pentakbiran Negara masih lagi menjadi bahan rebutan, jatuh-menjatuhkan sesama sendiri sedangkan mereka orang melayu dan beragama Islam pula. Di mana semangat kemelayuan bukan kemaluan.. yang digembar-gemburkan!! Di mana semangat persaudaraan dalam Islam yang mereka laung-laungkan!! Jika hal ini berterusan dan mahasiswa Islam sendiri masih leka mungkin dengan alasan kita masih lagi student terikat dengan AUKU pulak.. tak payahla nak susah-susah kita campur tepi kain orang, kalau ada masalah!! Lu piker la sendiri...


Saya mengajak diri saya dan semua mahasiswa Islam!! Khaibar!! Khaibar!! Bangunlah dari lena mu!! Jangan kita bersikap kain kau kau punya pasal!! Ketahuilah dengan kita kiaskan bahawa kain yang engkau katakan itu adalah kain Islam ia juga di pakai oleh kita dan seluruh umat Islam!! Jadi jika kain itu ingin dikoyak oleh musuh wajib bagi setiap umat Islam mempertahankanya kerana ini soal maruah Islam!! Jika kamu masih leka dengan mainan dunia, pentingkan diri sendiri, dan tidak bergerak secara amal jamaei!! Maka tunggulah azab Allah dalam waktu yang terdekat dan jika azab telah datang dan baru ketika itu kita bermohon doa nescaya Allah tidak akan memakbulkannya seperti yang berlaku kepada firaun dan qarun.


Marilah kita sama-sama merialisasikan janji Allah SWT dengan menyumbangkan segala kelebihan kita untuk menegakkan agama Islam dalam diri,keluarga,kampus,masyarakat,Negara dan mengembalikan khilafah Islamiah dan mempercepatkan proses kebangkitan Islam Akhir Zaman seperti yang dijanjikan oleh umat ini. Jika hal ini berlaku tunggulah hai orang-orang munafik dan seangkatan denganya, yahudi dan nasrani laknatullah kamu akan tersungkur di lembah kehinaan!!