Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 31, 2009

Makluman pergerakan Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos DAN 'Konsert Antara Dunia' di Stadium Melawati, 1 Ogos





Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

1. Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:

Perlis, KEDAH, Pulau Pinang dan Perak ( KITA JUMPA KAT SANA Na..)

b. Masjid Jame Kuala Lumpur:

Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:

Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

(Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing)

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (Jabatan Amal) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

Sekian,


Kamaruzaman Mohamad
Timbalan Peng
arah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. _

DAN PADA MALAMNYA.......

'Konsert Antara Dunia' di Stadium Melawati, 1 Ogos


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) sekali lagi bakal mencipta gelombang perubahan gerakan mahasiswa Islam dengan menganjurkan 'Konsert Antara Dunia' yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1 Ogos jam 8.00 malam di Stadium Melawati, Shah Alam.

program tersebut dijangka menampilkan dua kumpulan nasyid dari luar negara, Shoutul Harakah dari Indonesia dan Nibraz dari Mesir selain tiga kumpulan nasyid tersohor, Rabbani, Raihan dan Hijaz.

Acara terpenting dalam knsert tersebut adalah gabungan mahasiswa Islam terbesar di Malaysia ini bakal mengiktiraf ketokohan Menteri Besar Kelantan menerusi Anugerah Tokoh Kepimpinan Islam Teladan Malaysia.

Menurut Presiden Gamis, Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, mereka bersetuju untuk memberikan anugerah khas tersebut kepada MB Kelantan berdasarkan tiga kriteria utama.

"Ketiga-tiga ciri itu ialah, ketokohan Tuan Guru dalam memimpin sebuah kerajaan dengan penuh keadilan, semangat dakwah yang wujud dalam diri beliau dan sifat mesra beliau dengan artis-artis tanah air khususnya dan dunia hiburan umumnya.

"Kami tidak melihat faktor politik dalam soal pemilihan ini. Bukan soal beliau Mursyidul Am kepada sebuah parti pembangkang yang besar di Malaysia," katanya

Tegasnya, faktor pemilihan ini adalah berdasarkan tiga perkara yang terpenting iaitu kekuatan daya pimpinan Ustaz Nik Aziz dalam mentadbir sebuah negeri yang ternyata jauh daripada gejala rasuah.

Kami juga sebenarnya berasa amat kagum dengan toleransi beragama yang wujud dalam dirinya.

"Selain itu, berdasarkan pemerhatian kami juga beliau sangat mesra dengan artis-artis tanah air, malah keperibadian beliau dikagumi kumpulan seni itu," demikian ujarnya yang merupakan penasihat konsert tersebut.

Orang ramai dijemput hadir ke program yang julung-julung diadakan oleh gabungan mahasiswa yang selama ini dilihat sangat radikal dan kritis terhadap soal-soal keadilan dan kebajikan rakyat.

No comments: