Murabbi?? Istilah ini tidak dapat dipisahkan dari kebanyakkan gerakan Islam sama ada di kampus atau di luar kampus atau di dalam masyarakat yang bersama gerakan Islam. Tetapi malangnya pada masa kini sang Murabbi ini hanya gelaran semata-mata kalau di lihat dari amalan dan perwatakanya kita dapat lihat dia tak layak menjadi sebagai sang Murabbi tetapi dia hanya layak menjadi sang pendidik sahaja. Sang pendidik hanya mengajar faham ataupun tidak lantak kau la. Tetapi sang Murabbi bukan sahaja mengajar bahkan membimbing kalau tidak faham dia akan fahamkan sehingga anak muridnya itu menjadi mukmin sejati di dalam perjuangan gerakan Islam.
Murabbi adalah da’I yang membina mad’u dalam halaqah. Ia bertindak sebagai pemimpin “qiyadah” guru “ustaz” orang tua “walid”, dan sahabat “shohabah”. Hal ini menyebabkan seorang murabbi atau naqib atau naqibah perlu memiliki keterampilan iaitu watak kepimpinan, mengajar, membimbing dan pandai bergaul. Biasanya keterampilan tersebut akan berkembang sesuai dengan bertambahnya pengetahuan dan pengalaman seseorang sebagai murabbi.
Peranan murabbi berbeza seperti yang saya sebutkan tadi. Ia berbaza dengan sang ustaz atau pensyarah, muballigh atau penceramah pada tempat dakwah yang umum. Jika para penceramah selalunya ia mengajar mad’u secara asas dan teori yang kadang2 ada juga yang dapat member kesedaran, maka kalau begitu murabbi patut memiliki peranan yang lebih tinggi lagi daripada ustaz atau penceramah. Murabbi perlu melakukan hubungan yang rapat dengan mad’u nya. Ia perlu mengenali zahir dan batin yer.. zahir dan batin maksudnya luar dalam watak mad’u nya melalui hubungan yang rapat dan akrab seperti Rasulullah saw dan para sahabatnya. Ia juga memiliki tangungjawab untuk membantu masalah mad’unya sekaligus bertindak sebagai Pembina mental, spiritual “Rohani” bukan mak cik rohani yer… dan juga jasmani iaitu fizikalnya jika dia sakit maka ziarahlah ia.. peranan ini jauh sekali tidak ada kepada para pengajar sir,madem or penceramah. Sebab itulah hendak menjadi murabbi, naqib,naqibah lebih susah daripada menjadi sir,ustaz atau penceramah jika kita melaksanakan dengan penuh amanah dan tangungjawab sebagai sang murabbi,naqib or naqibah.
Dalam gerakan Islam perlunya ada murabbi untuk keberlangsungan mata rantai perjuangan Islam. Hal ini kerana dari tangan murabbilah lahirnya kader-kader dakwah yang kental dan berjiwa besar untuk memperjuangkan Islam. Diantara Rahsia kemenangan Islam adalah sang murabbi dapat melahirkan 10 murabbi dan 10 murabbi lagi dapat melahirkan 10 murabbi dan seterusnya….. tetapi jika umat Islam atau mahasiswa sendiri belum bersedia dan melahirkan sebanyak-banyak murabbi yang hebat ikhlas dalam mengajak untuk mengkaderkan pemuda/di Islam maka selagi itulah Islam akan berada di dalam gengaman musuh Islam dan Allah akan gantikan dengan umat yang lain untuk menegakkan agamanya.- Allahu Haq [LOVE GODE]
No comments:
Post a Comment