Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 24, 2009

Pesanan di dalam Kuliah Habib Umar


Rasulullah saw berpesan kepada kaum ansar:
“Aku menunggu kamu semua di Telaga Al-Haudh"

Renugkanlah! Kedatanganmu esok di sana bergantung kepada sikap mu di dunia!!

Jika engkau datang ke sini (majlis Ilmu) kerana ada niat di hati untuk mensucikan hatimu, ada niat yang kuat untuk mencapai Redha Allah Rafiqul A’la, ada niat yang kuat untuk mengamalkan apa yang engkau dengar, maka engkau pasti akan sampai ke telaga nya, jika engkau memberi pendidikan atau program belajar agama dan hukum syariat bagi keluargamu, dan engkau ada niat untuk bantu mereka dalam rangka menunaikan urusan agama, maka bantulah mereka agar mereka sentiasa istiqomah

Hal ini kerana zaman sekarang banyak tangan (musuh Islam) akan mencengkam mereka yang bertujuan merosakkan akhlak mereka sehingga tidak menjaga adab pergaulan, sehingga mereka berbuat apa yang terlarang dan berani meninggalkan perintah Tuhan yang di wajibkan ke atas kita!! dan merosakkan pemikiran mereka sehingga berani melecehkan hukum syariat Tuhan!! Berani menodai kehormatan perintah agama!! Dan melecehkan kemuliaan Nabi dan Rasulullah saw!

Hal inilah yang telah di programkan dan dipropagandakan oleh media massa yang bertujuan untuk merosakan dan mencengkam pemuda-pemuda Islam!! oleh itu jagalah mereka!!

Wahai Tuhan tolonglah dan peliharalah syabab-syabab Islam dan seluruh anak-anak islam.

Peringatan sekali lagi!! Jagalah puteri-puteri kamu!! Isteri-isteri kamu!! Bantulah dan berilah mereka dengan pendidikan agama jangan menjadi penghalang untuk mereka berbuat kebaikan!! Bantulah sahabat-sahabat kita supaya berbuat kebaikan!! Kerana ia adalah salah satu tanggungjawab yang besar kepada kita!! Dan peliharalah dirimu,keluargamu,jiranmu,sahabatmu dari siksa api Neraka!!!!
-Allahu Haq

No comments: