Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, September 29, 2009

Kehebatan kejadian Burung.....


“Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa lepas? Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah SWT, Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT bagi orang yang beriman” (Surah al-Nahl:79)


Burung yang terbang adalah keajaiban yang sangat kompleks sehingga menakjubkan para saintis:-

1) Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong tak caya cuba makan burung puyoh tengok.


2) Sayap burung dijadikan dalam bentuk (“aerodinamik

” bukan akademik fantasia) yang membantunya untuk terbang dengan baik.


3) Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.

4) Bulunya dibentuk daripada protein yang dinamakan

kerantin. Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru.


5) Burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya. Ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat,licin dan kalis air tak payah beli syampu dah kat kedai.


6) Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada


(“sternum” bahasa melayu moden kot) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayap. Wallahualam….


Di Bawah adalah Kajian Penulis mengenai peranan Burung-burung:-



Burung mempuyai pasukan Khas untuk pertunjukan acara Rasmi Kerajaan

Burung juga boleh menyelamatkatkan Kapal Terbang semasa pendaratan Kecemasan

Burung juga mempunyai Latihan CPR bagi burung-burung yang sakit jantung

Burung juga mempunyai kepercayaan mistik iaitu Burung Hantu

No comments: