Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 31, 2009

Makluman pergerakan Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos DAN 'Konsert Antara Dunia' di Stadium Melawati, 1 Ogos





Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

1. Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:

Perlis, KEDAH, Pulau Pinang dan Perak ( KITA JUMPA KAT SANA Na..)

b. Masjid Jame Kuala Lumpur:

Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:

Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

(Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing)

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (Jabatan Amal) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

Sekian,


Kamaruzaman Mohamad
Timbalan Peng
arah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. _

DAN PADA MALAMNYA.......

'Konsert Antara Dunia' di Stadium Melawati, 1 Ogos


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) sekali lagi bakal mencipta gelombang perubahan gerakan mahasiswa Islam dengan menganjurkan 'Konsert Antara Dunia' yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1 Ogos jam 8.00 malam di Stadium Melawati, Shah Alam.

program tersebut dijangka menampilkan dua kumpulan nasyid dari luar negara, Shoutul Harakah dari Indonesia dan Nibraz dari Mesir selain tiga kumpulan nasyid tersohor, Rabbani, Raihan dan Hijaz.

Acara terpenting dalam knsert tersebut adalah gabungan mahasiswa Islam terbesar di Malaysia ini bakal mengiktiraf ketokohan Menteri Besar Kelantan menerusi Anugerah Tokoh Kepimpinan Islam Teladan Malaysia.

Menurut Presiden Gamis, Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, mereka bersetuju untuk memberikan anugerah khas tersebut kepada MB Kelantan berdasarkan tiga kriteria utama.

"Ketiga-tiga ciri itu ialah, ketokohan Tuan Guru dalam memimpin sebuah kerajaan dengan penuh keadilan, semangat dakwah yang wujud dalam diri beliau dan sifat mesra beliau dengan artis-artis tanah air khususnya dan dunia hiburan umumnya.

"Kami tidak melihat faktor politik dalam soal pemilihan ini. Bukan soal beliau Mursyidul Am kepada sebuah parti pembangkang yang besar di Malaysia," katanya

Tegasnya, faktor pemilihan ini adalah berdasarkan tiga perkara yang terpenting iaitu kekuatan daya pimpinan Ustaz Nik Aziz dalam mentadbir sebuah negeri yang ternyata jauh daripada gejala rasuah.

Kami juga sebenarnya berasa amat kagum dengan toleransi beragama yang wujud dalam dirinya.

"Selain itu, berdasarkan pemerhatian kami juga beliau sangat mesra dengan artis-artis tanah air, malah keperibadian beliau dikagumi kumpulan seni itu," demikian ujarnya yang merupakan penasihat konsert tersebut.

Orang ramai dijemput hadir ke program yang julung-julung diadakan oleh gabungan mahasiswa yang selama ini dilihat sangat radikal dan kritis terhadap soal-soal keadilan dan kebajikan rakyat.

Thursday, July 16, 2009

TERIMA KASIH KEPADA TUHAN KERANA MEMBERI PELUANG UNTUK AKU HIDUP



LIRIK: MAWADDAH

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU RUGI
KECUALI YANG BERIMAN DAN YANG BERAMAL SOLEH
JUGA YANG INGAT MENGINGATKAN
KEPADA KEBENARAN DAN KESABARAN

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
UMUR YANG DIPINJAMKAN HARGAILAH
GUNAKAN UNTUK BERBAKTI DAN MENYEMBAH ALLAH
BILA DAPAT NIKMAT MALULAH DENGANNYA
BILA DAPAT UJIAN REDHOLAH DENGANNYA
BERSIAPLAH UNTUK PULANG PADANYA
HIDUP DI DUNIA SEBENARNYA TIPU DAYA

SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

WAHAI SAHABATKU YANG TERCINTA
KAMI DOAKAN ENGKAU PANJANG UMUR MURAH REZEKI
SIHAT BADAN SEMPENA HARI LAHIR 16 JULAI
SEMOGA ILMU DAN IMAN BERTAMBAH
SEMPENA HARI LAHIR
SEMOGA ILMU DAN IMAN BERTAMBAH

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
UMUR YANG DIPINJAMKAN HARGAILAH
GUNAKAN UNTUK BERBAKTI KEPADA MANUSIA DAN MENYEMBAH ALLAH
BILA DAPAT NIKMAT MALULAH DENGAN TUHAN YANG MEMBERI
BILA DAPAT UJIAN REDHOLAH DENGANNYA

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

Cintai Allah Cintai Rasulullah saw Kasih Sayang Sesama manusia- Allahu Haq

-DARI SAHABAT SEPERJUANGAN from haqqani_kuis@yahoo.com

Tuesday, July 14, 2009

Menjadi Murabbi yang Cemerlang



Murabbi?? Istilah ini tidak dapat dipisahkan dari kebanyakkan gerakan Islam sama ada di kampus atau di luar kampus atau di dalam masyarakat yang bersama gerakan Islam. Tetapi malangnya pada masa kini sang Murabbi ini hanya gelaran semata-mata kalau di lihat dari amalan dan perwatakanya kita dapat lihat dia tak layak menjadi sebagai sang Murabbi tetapi dia hanya layak menjadi sang pendidik sahaja. Sang pendidik hanya mengajar faham ataupun tidak lantak kau la. Tetapi sang Murabbi bukan sahaja mengajar bahkan membimbing kalau tidak faham dia akan fahamkan sehingga anak muridnya itu menjadi mukmin sejati di dalam perjuangan gerakan Islam.

Murabbi adalah da’I yang membina mad’u dalam halaqah. Ia bertindak sebagai pemimpin “qiyadah” guru “ustaz” orang tua “walid”, dan sahabat “shohabah”. Hal ini menyebabkan seorang murabbi atau naqib atau naqibah perlu memiliki keterampilan iaitu watak kepimpinan, mengajar, membimbing dan pandai bergaul. Biasanya keterampilan tersebut akan berkembang sesuai dengan bertambahnya pengetahuan dan pengalaman seseorang sebagai murabbi.

Peranan murabbi berbeza seperti yang saya sebutkan tadi. Ia berbaza dengan sang ustaz atau pensyarah, muballigh atau penceramah pada tempat dakwah yang umum. Jika para penceramah selalunya ia mengajar mad’u secara asas dan teori yang kadang2 ada juga yang dapat member kesedaran, maka kalau begitu murabbi patut memiliki peranan yang lebih tinggi lagi daripada ustaz atau penceramah. Murabbi perlu melakukan hubungan yang rapat dengan mad’u nya. Ia perlu mengenali zahir dan batin yer.. zahir dan batin maksudnya luar dalam watak mad’u nya melalui hubungan yang rapat dan akrab seperti Rasulullah saw dan para sahabatnya. Ia juga memiliki tangungjawab untuk membantu masalah mad’unya sekaligus bertindak sebagai Pembina mental, spiritual “Rohani” bukan mak cik rohani yer… dan juga jasmani iaitu fizikalnya jika dia sakit maka ziarahlah ia.. peranan ini jauh sekali tidak ada kepada para pengajar sir,madem or penceramah. Sebab itulah hendak menjadi murabbi, naqib,naqibah lebih susah daripada menjadi sir,ustaz atau penceramah jika kita melaksanakan dengan penuh amanah dan tangungjawab sebagai sang murabbi,naqib or naqibah.

Dalam gerakan Islam perlunya ada murabbi untuk keberlangsungan mata rantai perjuangan Islam. Hal ini kerana dari tangan murabbilah lahirnya kader-kader dakwah yang kental dan berjiwa besar untuk memperjuangkan Islam. Diantara Rahsia kemenangan Islam adalah sang murabbi dapat melahirkan 10 murabbi dan 10 murabbi lagi dapat melahirkan 10 murabbi dan seterusnya….. tetapi jika umat Islam atau mahasiswa sendiri belum bersedia dan melahirkan sebanyak-banyak murabbi yang hebat ikhlas dalam mengajak untuk mengkaderkan pemuda/di Islam maka selagi itulah Islam akan berada di dalam gengaman musuh Islam dan Allah akan gantikan dengan umat yang lain untuk menegakkan agamanya.- Allahu Haq [LOVE GODE]

Friday, July 3, 2009

CERITA KA’AB YANG MEMBUNUH JIN IFRIT


Imam Ghazali dalam kitabnya Khawasul Quran pernah terjadi suatu peristiwa ganjil di negeri Basrah pada seorang pedagang yang bernama Ka’ab. Setelah Ka;ab sampai di sana dia pun mencari tempat untuk bermalam. Oleh kerana Ka’ab adalah pedagang yang paling lewat maka semua tempat penginapan telah penuh kecuali satu rumah usang yang telah lama ditinggalkan. Ka’ab tiada pilihan lain lalu dia pun pergi bertemu dengan tuan rumah tersebut.

Kata tuan tuan rumah bahawa rumah ini aneh sikit selalu menjadi buah mulut orang kampong. Kata-kata mereka rumah ni berhantu kira ada Jin la dalam rumah tu. Sesiapa yang pernah tinggal di sini akan menjadi ketakutan. Kalau hang sanggup

tiggallah di sini selama mana hang suka saya tidak akan mengenakan apa2

bayaran kata tuan rumah tersebut. Walaubagaimanapun
Ka’ab tetap nak tinggal di rumah tersebut.
Pada 2/3 malam yang pertama itu juga Ka’ab telah Nampak satu baying-bayang hitam dengan dua biji mata yang merah menyala macam crita dalam TV tu datang mendekati Ka’ab. Lalu ka’ab bangun lantas membaca ayat Qursi dari awal hingga ke akhir. Yang peliknya bacaan Ka’ab itu diikut oleh Jin itu mungkin dia nak belajar ngaji kot. Tetapi yang peliknya pada ayat terakhir iaitu, “Walaa Ya uduhu Hifzuhuma Wa Huwal Aliyul azim” tidak kedengaran lagi suara Jin ifrit itu. Mungkin Jin itu sakit tekak kot.

Walaubagaimanapun Ka’ab berasa hairan lalu diulang-ulang ayat itu agar didengari Jin itu tetapi tiada respon lalu Ka’ab tercium sesuatu seperti benda terbakar.
Keesokan harinya Ka’ab mendapati sesuatu abu pada sudut rumah itu. Di saat itu juga Ka’ab terdengar suara berkata “Wahai Ka’ab engkau telah membakar Jin Ifrit” Soal Ka’ab “dengan apa aku membakarnya??” Jawab suara itu “Dengan ayat Qursi pada ayat “Wala ya Uduhu Hifzuhuma Wa huwal Aliyul Azim”

Semoga apa yang diceritakan di sini dapat kita mengambil pengajaran bahawa Jin adalah hamba Allah yang lemah jadi janganlah kita takut dengan Jin walaupun kadang-kadang agak seram juga kalau tengok muka Jin-Jin ni. Apa-apa pun saranan Syekh ana Jika kita selalu di kacau Jin eloklah amal sebelum keluar rumah iaitu Tiga Qul dan Surah Wadhuha lepas tu baru keluar rumah langkah kaki kanan I.Allah ia pelindung bagi yang orang yang kena sihir. Dan masa dalam rumah plak amal ayat Qursi dan Amanarasul………….hatta akhir….. Selamat Beramal [LOVE GOD]

Wednesday, July 1, 2009

Rebutlah Gelaran Ikhwan Akhir Zaman


Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Yang disabdakan dari lidah Rasul junjungan
Agar kita menjadi orang yang membuktikan

Golongan yang baginda rindukan

Tika para sahabat itu bertany
a
Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga
menitiskan airmata

Lantas baginda menyambung lagi
Ikhwan itu mengam
alkan sunnahku
Bagai menggenggam bara api
Dan mereka amat menyintaiku
Sekalipu
n tidak pernah bertemu

ukhwah mereka bagaikan susunan batu bata
Saling menguatkan di antara mereka
Umpa
ma satu ibu dan satu ayah
Fikiran, keyakinan dan keselarasan

Perjuangannya ibarat singa di siangnya
Bagai a
bid pula di malam harinya
Ruhbanu fillail wa fursan finnahar
Gelaran yang baginda berikan

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan
Mereka pilihan di atas pilihan
Bilang
annya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan
Kerana dosa amat dihindarkan

Luar biasanya Taqwa Ikhwan
Kerana Taqwanya diberi pertolongan
Keran
a Taqwanya diberi rezeki
Dan dunia diselamatkan Tuhan

Wahai P
encinta-pencinta kebenaran
Yang menagih janji Tuhan
Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman

Ia tawaran yang tiada tandingan. Allahu Haq.


Ramai umat Islam pada hari ini mengejar Gelaran Dato',yb,prof,Dr,Tun,Datin,dan banyak lagi gelaran yang dikejar oleh manusia. namun manusia lupa bahawa ada satu gelaran yang patut dikejar oleh manusia umat akhir zaman kerana jika sesiapa yang mendapat dan merebut gelaran ini nescaya dia bukan sahaja mendapat ganjaran Allah di muka bumi malah mendapat ganjaran di akhirat kelak. oleh itu marilah sama-sama kita merebut gelaran Ikhwan ini yang amat dirindui oleh junjungan kita Rasulullah Saw allahumma sollia'la muhammadi wa'ala alihi muhammadiwassllim......................

Siapa itu Ikhwan akhir zaman……………

Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,

"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."

Kata Sayidina Ali KMW,

"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."

Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,

"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali).
(Muslim)

Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:

"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA juga ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira begini:

"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya."


Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,

"Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." Muslim

Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini:

"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya, "Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami." Jawabnya, "Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain." Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini." Muslim

Dari Abdullah RA, katanya:
"Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?" Rasulullah SAW menjawab, "Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu."( Muslim)


Ikhwan adalah gelaran yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada umatnya di akhir zaman sehinggakan para sahabat menangis kerana tidak mendapat gelaran tersebut dari Rasulullah saw kerana ia hanya diberikan khas untuk umat akhir zaman sahaja oleh itu semoga sebahagian hadis dan kata-kata sahabat di atas dapat memberi satu semangat kepada kita agar sama-sama kita merebut gelaran itu seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah saw kepada kita.... [LOVE GOD, LOVE RASULULLAH SAW]