Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, August 15, 2008

KEWAJIPAN BERDAKWAH DALAM MEMBENTUK BIAH SOLEHAH DI BUMI KUIS


Wahai jiwa Mahasiswa KUIS,


Allah SWT telah menggambarkan bahawa orang mukmin adalah orang yang sangat mencintai Allah dan jiwa mereka bergetar apabila mengingatkan ancaman azab daripada-Nya. Manakala Nabi SAW telah menegaskan bahawa ada tiga petanda halawatul al-iman iaitu apabila seseorang mencintai Allah dan Rasul melebihi yang lain, mencintai seseorang kerana Allah dan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana mereka benci dilemparkan ke dalam neraka.

Allah SWT juga meletakkan kedudukan umat dakwah ini pada kedudukan yang tertinggi melalui firmany-Nya

,

” Dan siapakah yang lebih baik ucapanya berbanding ucapan orang yang menyeru pada jalan Allah dan beramal soleh seraya mengatakan bahawa aku daripada kalangan yang menyerahkan diri kepada Allah”

.

Dakwah yang kita maksudkan adalah menarik masyarakat Islam khursusnya di KUIS yang kian gersang dengan mata air Islam kepada dunia Islam yang sebenar. Perjuangan untuk memindahkan manusia daripada satu dimensi kehidupan kepada satu dimensi kehidupan yang lebih baik menuntut kepada kesungguhan dan komitmen yang tinggi dan upaya yang berterusan tanpa rasa lemah dan mudah berputus asa.


Suara BADAR mahu mengintegrasikan antara idealisme dengan aktivisme. Kita tidak mahu mahasiswa KUIS mandul upaya dan eksistensi dalam melestarikan renstra (rencana-rencana strategik) yang munazzamah dan al-nahdah al-harakiyah (kebangkitan yang dirasai oleh orang lain, bukan “syok sendiri”). Kebejatan sosial, budaya kuning yang kian menular, meluasnya penderhakaan, mampatnya hiburan, rosaknya pemikiran, semuanya BADAR tegaskan merupakan perancangan dan konspirasi musuh Islam dalam melembapkan bahkan menghapuskan umat Islam dari mukabumi. Mereka tidak kisah sekiranya kita tidak mengikut agama mereka asalkan kita mengikut budaya dan pemikiran mereka sehinggalah ke lubang biawak sekalipun. Ambillah pengajaran daripada kejadian makhluk kecil seperti serangga perosak tanaman kobis plutella yang sehingga hari ini tidak ada racun yang mampu melenyapkan serangga itu disebabkan perubahan demi perubahan selepas ancaman racun yang dikenakan padanya.


Wahai Mahasiswa pencinta Islam,


Apakah kalian lupa bagaimana ‘Asim bin Amru bersama-sama 600 orang tentera yang menyeberangi Sungai Dajlah dengan kuda-kuda mereka dalam menakluk Istana Putih Parsi sehingga musuh menganggap mereka jin bukannya manusia. Apakah kalian lupa al-‘Ala’ bin al-Khadrami yang turut menyeberangi lautan Bahrain hanya dengan kuda? Apakah kalian lupa peristiwa batalion malaikat terbaik yang turun membantu tentera Badar? Semua mereka mendapat pertolongan daripada Allah kerana hati mereka bersih, sebersih salju yang turun berguguran. Mereka berjuang untuk Islam dan dalam masa yang sama mereka menjaga hati dan ibadat mereka, seolah-olah merekalah singa di siang hari dan abid yang soleh di malamnya. Mulut mereka terkumat-kamit dan senantiasa basah dengan bacaan al-Quran dan zikir yang tidak putus-putus. Jiwa mereka sentiasa terang dengan semangat mujahadah dan muhasabah sehingga menerbitkan kesedaran jiwa dan pencerahan hati. Kalangan mereka, ada yang mengerjakan solat Isya’ dua jam lamanya. Kalangan mereka tenggelam dan lemas dalam tangisan sehingga orang menyangka mereka hilang akal pemikiran. Kalangan mereka menjadikan al-Quran sebagai sahabat mereka sehingga mereka boleh resah jika berjauhan dengan al-Quran.


Ayuh semua kita bajakan kembali tanah ini. Kita perlukan mekanik-mekanik dakwah yang berkemahiran tinggi dan punya hati yang bernyala-nyala dan tidak kering dengan keindahan akhlak serta ketinggian budi pekerti juga kemolekan ilmu. Kita inginkan mahasiswa KUIS yang melakukan dakwah dalam diri dan juga dakwah kepada seluruh warga KUIS untuk merialisasikan Biah Solehah atau suasana Islam kekal di KUIS hingga menjadikan KUIS sebagai contoh Biah Solehah semua kampus di malaysia khursusnya. Ayuh kawan-kawan sertailah kempen ”JOM BERSIHKAN MAKSIAT”

No comments: