Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, August 19, 2008

Siswa desak hapus AUKU


SERAH: Idris menerima memorandum daripada Ridzuan (tiga dari kiri) di lobi Parlimen, semalam.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 mahasiswa daripada institut pengajian tinggi awam dan swasta yang menggelarkan diri mereka Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) berhimpun di luar pintu Parlimen semalam, mendesak Kementerian Pengajian Tinggi memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Mereka yang memakai baju berwarna hitam sambil membawa sepanduk 'Akta Untuk Kuburkan Universiti' dan 'GMMA Bantah Pindaan Kosmetik AUKU' mula berarak dari Tugu Negara menuju luar pintu Parlimen pada jam 9.15 pagi.

Perhimpunan diketuai Koordinator GMMA, Ridzuan Muhammad bersama kumpulannya yang mahu menyerahkan memorandum setebal sembilan muka surat berhubung perkara itu kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, berlarutan sehingga dua jam.


Mereka yang dikawal polis, bersurai apabila Ridzuan dibenarkan menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron di lobi Parlimen.


Sementara itu Idris berkata, pindaan AUKU itu akan dibahaskan di Parlimen dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira pandangan golongan mahasiswa.

No comments: