Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, August 19, 2008

PMIUM sokong turun caj PTPTN

MAHASISWA seluruh negara menyambut baik keputusan kerajaan menurunkan caj perkhidmatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada tiga peratus kepada satu.


Khabar baik itu pastinya menggembirakan mahasiswa seluruh negara khususnya yang menggunakan perkhidmatan PTPTN dan juga siswazah yang sudah menamatkan pengajian, namun masih belum melangsaikan hutang pinjaman.

Melalui kajian, penurunan kadar dua peratus caj perkhidmatan ini, kerajaan menanggung hampir 49 peratus daripada keseluruhan hutang seorang peminjam. Misalnya, jika peminjam melakukan pinjaman sebanyak RM21,000 sepanjang pengajian, maka bayaran yang dulunya bersama caj perkhidmatan adalah sebanyak RM4,116 menurun kepada RM2,100.


Ini berkurangan sebanyak RM2,016. Syabas kepada kerajaan. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sangat mengalu-alukan langkah diputuskan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama jemaah menteri yang lain.


Meskipun begitu, kerajaan harus mengkaji serta meneliti dengan cermat pulangan wang pinjaman PTPTN itu. Usaha kerajaan untuk memastikan 49 peratus (RM708 juta wang pinjaman) peminjam yang masih belum menjelaskan bayaran semula perlu dibuat secara tegas.

Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil langkah pelan sokongan andainya peminjam masih lagi lambat membayar hutang terbabit.

PMIUM mencadangkan kepada kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi supaya menjelaskan bagaimana caj perkhidmatan itu dapat diturunkan daripada tiga peratus kepada satu peratus. Kami yakin, seluruh mahasiswa ingin tahu apakah strategi kerajaan sehingga dapat meringankan beban mahasiswa meskipun negara kini dilanda krisis kenaikan harga minyak dan barangan.

MUHAMMAD HAAFIZUDDIN ABRIRERAH,
Yang DiPertua, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

No comments: