Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 22, 2009

Nun Disana Cita-cita yang Hakiki


Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar besuk kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibal kalau mahu sedar

Nun disana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegeralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu syaitan

Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk kesana

Ayuh bersegeralah menuju Allah
Thoa'tilah Dia minta ampun pada-Nya
Mati bila - bila masa benih tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar besuk kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibal kalau mahu sedar

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal


Ramai umat Islam sekarang bercita-cita inginkan kesenangan. tetapi malangnya cita-cita yang diimpikan hanya sekadar kesenangan di dunia semata-mata. mereka lupa bahawa hakikat kehidupan manusia yang sebenarnya hanyalah di akhirat kelak yang mana kita kekal di sana buat selama-lamanya. bergantunglah kepada amalan kita di dunia jika baik selamatlah selama-lamanya jika sebaliknya maka ingatlah kita tidak akan kembali di dunia untuk membuat kebaikkan lagi. maka beruntunglah orang membuat persiapan untuk ke sana.

ALLAHU HAQ

No comments: