Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, October 9, 2009

Pemuda diminta tingkat keselamatan, elak provokasi



TELOK KEMANG, 8 Okt:
malam tadi Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi meminta ahli-ahli Pemuda meningkat keselamatan di markas dan unit peti undi parti di kawasan Bagan Pinang, sebagai respons kepada peningkatan tindakan ganas Pemuda Umno di sini.

Nasrudin berkata demikian dalam ucapannya di perhimpunan Pemuda di Markas Induk PAS di Telok Kemang semalam.


Perhimpunan dihadiri sekitar 300 ahli Pemuda dari seluruh negara dan yang lain dalam perjalanan dikerah Dewan Pemuda siang tadi untuk meningkatkan keselamatan di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang malam tadi juga 60 buah biji kereta Pemuda PAS tiba di bagan pinang daripada Terengganu dan mungkin meningkat pada malam ini disebabkan Pemuda seluruh Malaysia juga dikatakan akan turun padang.

"Tujuan Pemuda dikerahkan hadir ialah untuk meningkatkan keselamatan agar mengelakkan berlaku provokasi dan kekacauan di sini,".


Beliau menggesa semua Pemuda agar tidak bertindak balas terhadap provokasi dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terjadi sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Pemuda PAS juga berpesan kepada Pemuda supaya "jangan bertindak tanpa sebarang arahan," tegasnya.


Majlis bermula sekitar pukul 8.30 di sini dihadiri Nasrudin, Timbalan Ketua Pemuda Ustaz Azman Syafawi Abdul Rani, exco Pemuda Kamaruzzaman Mohamad dan Ustaz Riduan Mohd Noor dan pemimpin pemuda seluruh negara. Ayuh ke Medan Jihad!!!

No comments: